Wednesday, 24 June 2009

saya di tag..

setelah dicabar oleh khemy untuk menyelesaikan 2 tag dalam bahasa ibunda saya, bahasa melayu.. dan sebagai ibu mengandung saya memang pantang dicabar. jadi, dengan berbekalkan ais kosong.. mari kita bertag :

TAG 1

1. Bekas kekasih saya adalah : beberapa orang lelaki yang rugi..

2. Saya sedang mendengar : bunyi aircond old skool

3. Mungkin saya patut: Jangan fikir pasal lapar

4. Saya suka : macam - macam

5. Sahabat-sahabat baik saya : jauh di mata, dekat di hati (amik kauuu)

6. Saya tak paham : bila kena baca surat khabar melayu

7. Saya kehilangan : kelip rambut dalam kuantiti yang banyak

8. Ramai yang berkata : Saya cantik apabila berbadan dua

9. Makna nama saya : dalam bahasa arab - wanita yang kuat dan berpendirian

10. Cinta itu adalah : perkataan yang terlalu banyak dipakai guna dalam drama melayu

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : bercakap di telefon bimbit dengan kuat

12. Saya akan cuba : untuk tidak mengumpat dan menjadi bongkak (pehh!)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : juga perkataan klishe dalam filem david teoh

14. Telefon bimbit saya : sama dengan telefon suami saya

15. Bila saya terjaga dari tidur : Saya nak tidur balik

16. Saya paling meluat apabila : saya mempunyai banyak masa lapang tetapi tiada apa untuk ditonton di tv

17. Pesta/Parti adalah : sesuatu di masa lampau (cuba alih bahasa.. pasti anda paham)

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Saya tak suka haiwan

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : bila tidak perlu membayar bil

20. Hari ini : hari selasa la..

21. Malam ini saya akan : habiskan tag ini

22. Esok pula saya akan : sambung tag lagi satu

23. Saya betul-betul inginkan : cuti panjang tanpa gangguan, tapi gaji jalan

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : terima kasih tuhan untuk seri kehamilan ini (wtf???!!! ahahhahahahah)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : tidak wujud di lumut

26. Makanan Barat atau Jepun : katakan tidak

27. Bilik yang terang atau gelap: bergantung kepada jenis lampu ataupun mentol mana yang sudah meletup

28. Makanan segera adalah : Makanan yang suami saya tidak benarkan, tetapi saya makan juga

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : ma, nak air

*berpeluh*

esok, bersambung lagi...

4 comments:

Indispensable_poe said...

sangat bagus. saya pun belum menghabiskan tag saya sebab terlampau panjang.

yayafrdz said...

wah...*kagum dgn mata berkelip-kelip* hee....

Khemy said...

tag ini sungguh menghiburkan, saya tersenyum lebar bila membaca jawapan tag semua orang (ko belum baca po ling punya lagi..hehe)

little miss kechik said...

*hampir pengsan*